#SweeT PinK#
joM BeRAmAl
Monday, 18 April 2011 | 01:49 | 0 comments
senyum sebelum baca..
Assalamualaikum semuanya..

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

MANUSIA ITU ANGKUH

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

AL ANBIYAA' : 19 & 20
  1. Dan kepunyaan-Nyalah segala yang ada di langit dan di bumi dan Malaikat-Malaikat yang ada di sisi-Nya, mereke tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa sedih (atau terpaksa).
  2. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya
KETERANGAN DARI AYAT
Malaikat adalah petugas-petugas Allah yang sangat taat dan setia kepada semua perintah Allah. Mereka adalah makhluk sama seperti kita. Walaupun kelebihan seolah ada pada mereka (Malaikat-Malaikat itu), namun, Allah menetapkan bahawa manusia itu adalah setingkatan darjatnya lebih tinggi dari para Malaikat.

Para Malaikat tidak pula merasa marah dengan ketetapan Allah itu (yakni manusia lebih baik dari para Malaikat) kecuali iblis dan syaitan. Justeru itu iblis dan syaitan menjadi seteru utama kepada manusia. Dalam ayat 20 ada dinyatakan bahawa mereka (Para Malaikat yang taat dan setia kepada Allah) itu sentiasa bertasbih tidak berhenti memuji kebesaran Allah. Walaupun darjat mereka Allah letak dibawah manusia (kita), namun mereka tidak pernah jemu bertasbih siang dan malam dengan tekun dan istiqomah.

Benarlah bahawa manusia dan jin itulah yang bakal memenuhi neraka Allah. Sepatutnya apabila diberi tingkatan darjat yang lebih tinggi oleh Allah mengatasi segala makhluk lain ciptaan-Nya, manusia itulah yang sepatutnya lebih taat kepada Allah berbanding Malaikat, ini tidak, manusia itulah pula yang paling ramai ingkar perintah Allah disebalik kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka. Manusia itu lupa bahawa mereka itu pasti akan dimatikan oleh Allah. Mereka itu akan pasti meninggalkan segala apa yang telah diusahakannya di dunia yang penuh kepura-puraan ini. Walaupun semua manusia itu tahu mereka akan mati jua, PELIK nya, mereka tetap akur dengan kehidupan dan kelalaian dunia yang mereka miliki. Manusia akan pasti menyesali apa yang telah mereka kerjakan didunia ini sebaik mereka melangkah ke alam barzakh nanti.

Mudah-mudah saya, Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah tidak tergolong dalam manusia yang cintakan dunia yang mendapatkan hampir kesemua keperluan dunianya, malangnya gagal pula mendapat apa-apa diakhirat. Minta Allah jauhkan kita dari bernasib buruk sedemikian rupa. Amin!!!~Wallahualam~

|
owner here!

names: Nur Iffah Khalilah bt Abdul Haris
famous as:iffah
sweet:13

tagboard here

Put your shoutbox codes here ; width 200

Navigation

About Links Entries
about here

write your profil here!
Affies&Linkies

cik najiha | Friends | Friends | Friends | Friends | Friends

Older Post | Newer Post

Credits

Template by : najiha
Background : photobucket Photo By We